15 Mei, 2011

Tayang-tayang

dah bersawang dah blog teman ni... memang xde masa nak update sebab teman tengah nak siapkan tempahan raya cepat-cepat, nak "bercuti" dalam bulan puasa nanti... kan sebelah malam kena terawih bagai... teman xnak jadi macam tahun lepas, sampai di pagi raya pun masih terkial-kial menjahit manik...


baju ni baju batik sutera katanya... kainnya lembik, nak jugak bunga 3D yang berat tu... akhirnya teman decide buat semi-3D sahaja... hanya bunga sahaja yang 3D, yang mana ranting dan daunnya bukan di kalangan teknik sulaman tersebut... teman hanya guna teknik manik beriring untuk ranting, daunnya teman guna labuci bentuk daun tu... senang cerita... jadi xlah heavy sangat untuk batik








oklah tu... murah seket... janji tuan punya baju happy...

Tiada ulasan: