09 Disember, 2010

Anggerik Biru

4 kuntum Anggerik Biru ni teman adaptasi kan dari jenis cattleya.. di mana kelopaknya bergigi-gigi...



teman jahit anggerik ni di atas busana abayah emak teman yang tercinta... katanya dia nak pegi melaram ke rumah orang kawen sabtu ni... dia tak suka manik kilat yang bling-bling sebab katanya dia dah tua, jadi teman gunakan manik dari jenis opaque warna solid yang tak berkilat... harap dia suka...
 


sebenarnya teman nak buat kat leher dan tangan, tapi dia tak nak dia nak simple je, jadi teman cuma jahitkan di kawasan badannya sahaja...yang 3 kuntum bunga lain tu, bunga bodoh je, buat jadi menyeri kaedahnya... sebab nak letak acrylic dia tak nak...


maaflah ya gambar kurang jelas sebab teman bukan photographer yang pro...


manik opaque ni besar seket saiznya, saiz 8 kalau teman tak silap, sebab tu nampak berbiji-biji...


amacam... cantik tak?

Tiada ulasan: