10 Oktober, 2010

Sulam Manik 3D ... Update...

Suermmm... dah lama bebenor x update blog ni, kan apa sejak akhir-akhir ni rasa "liat" nak update... sebab sebok memanjang... ni dapat gak jenguk blog bersawang ni...

ni manik bunga 3D teman yang paling baru... agak-agak bunga apakah ini... tekalah... bunga ni dalam peringkat percubaan lagi, x berapa puas hati teman tengoknya... nanti bila dah perfect di mata teman, teman akan upload lah baju yang jadi mangsa percubaan kali ini, harap tuan punya baju x marah ya!



kalau bunga hidup, saiznya boleh tahan besarnya kan, oleh kerana tujuannya nak diletakkan kat baju, teman cuba sedaya-upaya mengecilkan saiznya... dah berapa minggu teman cuba, akhirnya dapat gak jadi sekecil diameter dalam 4cm, xdelah sedebab kat baju...


sebab kalau bunga cam gini manik rapat-rapat mestilah berat macam anak gajah, bayangkan kalau besar gedebab, xke melendud baju dibuatnya, tu belum lagi termasuk daun-daunnya serta ranting-ranting bagai... tapi teman rasalah bunga 3D ni x sesuai nak letak kat baju dari jenis kain cifon... ia lebih sesuai letak kat kain keras macam kain cotton...

apa pun enjoy jelah...

Tiada ulasan: