30 Ogos, 2012

Habbatus Sauda dari Ariffbillah


TAHUKAH ANDA : LEBIH 100 BAHAN AKTIF TERKANDUNG DALAM HABBATUS SAUDA

Menurut kajian yang dijalankan di the Munich Institute for Researched on Newer Therapeutic Methods (Munchner Institut zur Erforschung neuer Therapieverfahren) dengan menggunakan kaedah analisa termoden mendapati bahawa habbatus sauda’ mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang sangat membantu kesihatan dan ia menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai supplemen pemakanan. Namun dengan kepesatan perkembangan sains mutakhir ini, ada kemungkinan satu atau lebih bahan aktifnya digabungkan dengan preskripsi farmasi untuk tujuan dan dalam keadaan tertentu. Begitu juga dengan ekstrak habbatus sauda’ ini, berkemungkinan dapat di adun secara kimia demi untuk menjadikannya lebih berkesan dalam pengubatan.

Walaupun mungkin ada dakwaan yang mengatakan bahawa dalam keadaan tertentu, dengan ditambahkan bahan-bahan additif akan dapat menambah keberkesanannya dalam perawatan. Namun keupayaan penyembuhannya dalam bentuknya yang asli perlu di diberikan perhatian.

Secara ringkas sifat-sifat utamanya adalah seperti berikut:-

Habbatus sauda’ dalam keadaan dan bentuknya yang asli akan berfungsi membantu sistem pemulihan semulajadi tubuh dalam mengatasi penyakit dan mengekalkan kesihatan. Ia bertindak di bahagian dan juga sistem tubuh tanpa mengganggu keseimbangan semulajadi tubuh dibahagian-bahagian lain.

Kesan pengambilan habbatus sauda’ dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.

Kesimpulannya habbatus sauda’ mempunyai sifat hipertensif, karminatif dan anthelmintik...


hubungi JariLentik

1 ulasan:

quinnieyanez berkata...

What does the slot machines and casino mean? - DRMCD
Are the slots machines or casino games popular? 동두천 출장마사지 · 광주광역 출장샵 Casino Games · The Casino Slot 계룡 출장마사지 Games 통영 출장샵 · Online Slots · Online Roulette 울산광역 출장마사지 · Video Poker.