03 Ogos, 2010

Kini Kembali...

hai,

dah lama bebenor teman tak bersiaran, bukan apa teman dah terlupa kata laluan blog ni... nasib baik dapat jugak cara nak reset kata laluannya.

kat sini hah teman uploadkan manik terbaru yang teman buatkan untuk raya tahun ni... bagi sesapa yang masih nak menempah (017-5946080), boleh lagi sampai start puasa.

start puasa, tutup ya!

manik bunga timbul ni dianyam dahulu sebelum dicantumkan menjadi bunga, bila dijahit ke baju, ia nampak timbul... selalunya manik timbul sebegini ada dijumpa di
barang kemas, kali ini teman olah sikit untuk letak kat baju...

raya tahun ni memang tak ambik banyak tempahan manik untuk baju kurung/kebaya sebab ramai orang nak khawin lepas raya, raya ke-dua dan ke-tiga dah ada yang nak naik pelamin, jadi teman kenalah siapkan banyak tempahan butik pengantin, walaupon teman lebih suka jahit manik baju kurung/kebaya, tapi bisnes partner teman selalu paksa teman jahit manik pengantin, masyuk katanya.



manik bunga labuci tabur



ni lah manik bunga timbul!














oklah, meh jamu mata! jumpa lagi!

PS: oh ya teman tukar nama blog dan nama teman, rasanya lebih serasi hehehe

Tiada ulasan: